Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: FeiDin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Masters Indonesia: FeiDin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia!

Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, muncul juara dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senaya, Jakarta dengan menewaskan gandingan tuan rumah sebentar tadi.

Bertemu wakil tuan rumah, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin, Sze Fei-Izzuddin berjaya merekodkan kemenangan 21-19, 21-6 sekaligus muncul juara -- gelaran ketiga Malaysia buat dalam saingan edisi Masters Indonesia kali ini.

Advertisement

Ini juga kejayaan buat FeiDin mempertahankan kejuaraan yang dimenangi wakil Malaysia (Man Wei Chong-Tee Kai Wun) edisi lalu.

Kemenangan mereka ini terhasil selepas pasangan campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, yang menamatkan cabaran selaku juara.

 

Must Watch Video