Skip to main content

E-Sukan

'Harap legasi diteruskan, selamat maju jaya kepada masa depan SRG'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sekys

"Siapa pun yang akan berada dalam barisan pemain SRG pada musim hadapan, saya doakan yang terbaik.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Muhammaf Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Sekys menjawab mengenai desas desus yang bertebaran kencang mengatakan akan ada perubahan besar menanti Selangor Red Giants (SRG) dalam masa terdekat.

Advertisement

"Saya harap legasi diteruskan untuk terus meletakkan Malaysia di peringkat tertinggi.

"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada masa depan SRG," katanya.

"Saya berharap sangat-sangat sebab kami sudah lama bersama.

"Tapi, saya faham jika ada yang mahukan haluan berbeza.

"Teruskan menyokong SRG meskipun barisan pemain sudah berbeza," kata Muhammad Qayyum Ariffin Suhari atau Yums.

Sementara itu, jurulatihnya, Poon Kok Sing atau mesra dipanggil Ozoraveki turut mengesahkan masih ada beberapa pemain yang belum menandatangani kontrak untuk bersama pasukan itu pada musim depan.

Ia, bermakna masih ada ruang untuk pemain membuat keputusan sesuai dengan kemahuan masing-masing.

"Kami akan terus berjuang dalam Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia kerana sah mendapatkan slot.

"Cumanya kami tidak tahu siapakah akan kekal.

"Kami menunggu pengumuman.

"Kami akan kembali lebih hebat selepas ini," katanya.

Ketibaan Gergasi Merah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut mencetuskan teka-teki dengan ketiadaan kelibat Mark Rusiana (Kramm), John Vincent Banal (Innocent) dan juga ketua jurulatihnya, Michael Angelo (Arcadia) yang difahamkan terus terbang ke tanah air mereka, iaitu Filipina.
 

Must Watch Video