Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Selangor sasar rampas gelaran juara keseluruhan

mssm selangor

Kontinjen Selangor mempertaruhkan penyertaan penuh bagi kesemua 11 acara sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) fasa pertama, dengan sasaran jelas untuk muncul sebagai juara keseluruhan bagi penganjuran kali ini.

Majlis penyerahan bendera kontinjen berkenaan berlangsung hari ini sebelum wakil Selangor bagi setiap acara sukan bertolak ke venue perlawanan yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.

Selepas kali terakhir bergelar juara keseluruhan dalam edisi 2023, Selangor kali ini membawa misi untuk kembali merampas kejuaraan utama menerusi dominasi total dalam kesemua acara yang ditawarkan.

Antara yang menjadi sandaran pingat sudah pasti skuad bola tampar.

Sebagai juara bertahan acara itu, atlet bola tampar MSSM Selangor, Muhammad Azib Rayyan Ragib, menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kualiti pasukan itu tahun ini, yang disifatkan lebih bersedia untuk mempertahankan kejuaraan lalu.

"Saya sudah lima tahun bermain bola tampar dan ini tahun kedua saya bertanding dalam MSSM," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kami dari Selangor akan memberikan yang terbaik dan memenangi kejuaraan tahun ini.

"Tahun ini kita dapat lihat skuad bola tampar memiliki fizikal tersendiri dan mereka semua memiliki tenaga yang berbeza berbanding tahun lalu.

"Kami memiliki semangat kejuaraan yang boleh bergelar juara tahun ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video