Pemain tenis muda Daania Hazli, bergelut dengan keterujaan dan gementar menjelang penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan dalam Sukan Sea Thailand yang berlangsung dari 10 hingga 19 Disember. 2025:
Walaupun usianya baru mencecah 15 tahun, pemain kacukan (Malaysia dan Jerman) itu sudah menarik perhatian ramai dengan bakat atas gelanggang serta kecantikannya. Daania kini diberi kepercayaan untuk mewakili negara pada temasya dwitahunan itu.
Advertisement
Lebih manis, Daania muncul juara dalam kategori perseorangan wanita baru-baru ini dalam saingan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) J30 Phnom Penh Kemboja.
Usaha persiapan menjelang saingan di Thailand bukanlah mudah, tekanan bersaing dengan pemain berpengalaman semestinya memberi tanggungjawab besar, tetapi Daania hadir dengan harapan menyumbang keputusan terbaik buat negara dengan meletakkan ini sebagai medan si cantik manis Daania, mengembangkan karier sukannya, sekali gus menimba ilmu dan pendedahan untuk lebih matang dalam bertanding selepas ini.
Dan dengan keberadaan bapanya, Hazli Zainuddin — juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan, ia turut dilihat sebagai motivasi utama anaknya.
Jadi buat Daania, have a fun debut dan all the best untuk penglibatan sulung di Sukan Sea Thailand!