Skip to main content

Bola Sepak

Menteri hormati keputusan Exco FAM letak jawatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dr taufiq KBS

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Taufiq Johari, menghormati keputusan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan jawatan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta semalam.

Dr Taufiq berharap segala keputusan berkaitan dapat diadili sebaiknya oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) demi kepentingan bola sepak negara.

Advertisement

"Saya menghormati keputusan itu dan memberikan ruang sepenuhnya kepada FAM," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Itu adalah keputusan mereka dan kita perlu menghormati keputusan tersebut.

"Di peringkat kementerian, saya masih menunggu tindakan dan keputusan yang akan dibuat oleh CAS."

Terdahulu, kesemua Exco FAM bagi penggal 2025–2029 bertindak meletakkan jawatan dengan serta-merta -- 11 bulan selepas memenangi pemilihan -- berikutan terpalit dengan isu dokumentasi pemain warisan hingga dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia bagi menyediakan ruang sewajarnya kepada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.

 

Must Watch Video