Skip to main content

Badminton

Kejohanan Badminton Kebangsaan medan cari bakat ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik -- MSDeaf

msdeaf

Pengarah Teknikal Badminton Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Choo Mei Lin, berkata penganjuran Kejohanan Badminton Pekak Kebangsaan diadakan khusus bagi mencungkil bakat terpendam untuk diasah sebagai persiapan menghadapi Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2026 di Pulau Pinang pada Oktober depan.

Menurutnya, terdapat ramai pemain badminton pekak yang memiliki kualiti permainan yang baik tetapi kurang platform yang sesuai untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Tambahnya, penganjuran edisi ke-17 di Kuantan, Pahang ketika ini akan terus menjadi tapak serta medium utama dalam mencari bakat-bakat baharu untuk diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan.

"Saya harap hasil daripada kejohanan ini dapat mencungkil bakat daripada sekolah atau ahli gabungan negeri untuk dipilih yang terbaik bagi diketengahkan ke peringkat terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Ia sebagai platform untuk memilih peserta yang rajin dan boleh bekerjasama di peringkat sekolah pendidikan khas, di mana tujuan utamanya adalah untuk mencari atlet muda bagi sukan orang pekak.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video