Antoine Griezmann bakal membuka lembaran dalam kariernya apabila bakal berhijrah ke kancah di Amerika Syarikat dengan menyertai Orlando City -- secara tidak langsung menamatkan tempoh 10 tahun kerjaya di Sepanyol.
Bintang Perancis berusia 35 tahun itu akan meninggalkan Atletico sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman setelah dua kali ditandantangi oleh pengurus, Diego Simeone, dan penyerang itu melengkapkan aksi terakhirnya -- menentang Girona -- dengan menghasilkan bantuan jaringan kepada gol tunggal yang disumbangkan Ademola Lookman.
Dia kemudian mengambil kesempatan dengan ucapan yang menyentuh hati sejurus wisel penamat aksi itu dengan menyatakan kekesalannya menyertai Barcelona pada 2019, sebelum kembali kelab Ibu Kota Sepanyol tersebut.
"Saya tahu bahawa ramai yang telah malah ada yang masih tidak memaafkan saya, tetapi saya sekali lagi meminta maaf.
"Saya tidak menyedari kasih sayang yang saya miliki di sini. Saya masih sangat muda (ketika itu). Ia adalah satu kesilapan (untuk pergi ke Barcelona), saya kembali membuat pertimbangan dan kami melakukan segala-galanya untuk kembali dan menikmati semula permainan," katanya dalam satu ucapan selepas penampilan terakhirnya di Riyadh Air Metropolitano sebagai pemain Atletico Madrid, awal pagi tadi.