Malaysia terpaksa akur tewas 1-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan kedua saingan peringkat Kumpulan C, kategori kuadran, Piala Dunia ISTAF 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Kem kuadran negara bergelut dalam set pertama apabila tewas mudah 8-15, sebelum bangkit dalam set kedua dengan kemenangan 15-11 untuk mengherat Korea Selatan ke set penentuan.
Begitupun, meskipun memberikan saingan sengit hingga kedua-dua pasukan terikat 13-13, Korea Selatan yang lebih kemas bertahan memastikan mereka tewas 13-15 di laman sendiri.
Ketika ini, Malaysia di kedudukan kedua selepas melakar satu kemenangan berdepan Singapura semalam dan satu kekalahan, sementara India mengungguli saingan Kumpulan C selepas dua kemanangan.
Skuad negara akan turun sekali lagi bertemu India malam ini.