Seramai tiga pemain utama Bayern Munich akan meninggalkan pasukan musim ini sejurus selepas skuad Die Roten menjuarai saingan Bundesliga buat kali ke-35 malam tadi.
Hatrik Harry Kane -penjaring terbanyak dengan 36 gol- memacu Bayern melakar pesta gol 5-1 menewaskan Cologne dalam perlawanan terakhir musim ini.
Antara pemain yang akan menamatkan kontrak Bersama Bayern musim ini adalah tonggak tengah, Leon Goretzka dan Raphael Guerreiro, yang meninggalkan pasukan selepas tamat kontrak dan bergelar ejen bebas.
Vor dem Spiel wurde noch einigen unserer Jungs 𝐒𝐞𝐫𝐯𝐮𝐬 gesagt: Neben Nicolas Jackson (Leihende) und Raphaël Guerreiro (nach drei Jahren) wurde auch Leon Goretzka nach acht Jahren FC Bayern unter Sprechchören unserer Fans verabschiedet ❤️🤍 pic.twitter.com/VDAInX8ymJ
— FC Bayern München (@FCBayern) May 16, 2026
Goretzka menamatkan lapan tahun di Bayern dengan rekod telah merangkul 15 trofi, dia telah membuat 310 penampilan kompetitif buat Bayern dengan meledak 51 jaringan dan 43 bantuan jaringan.
Sementara itu, Guerreiro yang menyertai Bayern pada 2023 telah membuat 93 penampilan dengan merekodkan 14 gol dan tujuh bantuan jaringan.
Malah, Nicolas Jackson bakal pulang semula ke Chelsea selepas tempoh pinjaman selama semusim berakhir.
Terdahulu, Jackson yang menyertai Chelsea dari Villareal pada 2023 bergelut untuk merebut tempat susulan prestasi kurang memberansangkan sebelum ini dan terpaksa bersaing Bersama dua pemain baru iaitu Joao Pedro dan Liam Delap.