Skip to main content

Bola Sepak

Rooney anggap Mo Salah tak layak diberi majlis perpisahan Liverpool

j

Legenda Manchester United, Wayne Rooney, menganggap Mohammad Salah tidak layak diberikan pengiktirafan sewajarnya di Anfield menjelang perlawanan penutup musim ini kerana masih tidak berpuas hati dengan pengurus The Reds, Arne Slot.

Salah membidas corak permainan yang diterapkan pengurus berbangsa Belanda tersebut yang kurang agresif berbanding bekas pengurusnya, Jurgen Klopp, setelah menampilkan prestasi kurang menyerlah pada musim ini dengan merekodkan 12 gol dalam 40 perlawanan.

"Saya rasa sedih atas apa yang telah dilakukannya di penghujung (kariernya di sana) dan apa yang telah dicapainya di Liverpool. Dia tak berhak untuk dia tampil dan sekali lagi membidas Slot.

"Dia mahu bermain bola sepak bertekanan tinggi, jadi pada dasarnya dia mengatakan dia mahukan bola sepak gaya Jurgen Klopp. Tapi saya rasa Mo Salah sekarang tidak lagi dapat bertahan dengan bola sepak sebegitu. Saya rasa kakinya sudah tidak kuat untuk bermain pada tempo tinggi dan intensiti tinggi itu.

"Jika saya adalah Arne Slot, saya tidak akan membenarkannya berada berdekatan stadium untuk perlawanan terakhir. Saya pernah berselisih faham dengan Alex Ferguson; saya berselisih faham dan bergaduh dan dalam perlawanan terakhir, Alex Ferguson di Old Trafford, dia mengenepikan saya daripada skuad atas sebab itu.

"Dia hampir sahaja mencetuskan situasi hangat dan berkata dia tidak mempercayai Arne Slot dan hampir menjatuhkan rakan sepasukannya yang akan berada di sana musim depan, lalu membiarkan mereka juga terpaksa menanggungnya," katanya mengenai penyerang Mesir berusia 33 tahun itu yang berkelana Liverpool pada 2017.

 

 

Must Watch Video