Tonggak berpengalaman Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, memasang impian untuk bawa The City Boys kembali beraksi di pentas Asia musim depan selepas kali terakhir tampil dalam Piala Shopee Kejohanan Kelab ASEAN 2024/2025.
Jelas pemain berusia 31 tahun itu, meskipun perjalanan 2025/2026 masih lagi panjang, mereka perlu konsisten demi memastikan kedudukan kedua terbaik Liga Super menjadi milik mereka.
Advertisement
Zhafri dalam pada itu turut mengakui lega apabila kembali menemui sentuhan penyudah ketika bantu skuad Warga Kota menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 2-1 dalam aksi minggu kesembilan Liga Super 1 November lalu.
"Sebagai pemain, tiada tekanan berbanding pasukan yang memerlukan momentum kemenangan.
"Gol itu memberi saya semangat.
"Kami tidak merendahkan mana-mana pasukan dan sentiasa melakukan yang terbaik di atas padang," katanya yang ditemui ketika majlis menandatangani kontrak penajaan kelengkapan sukan bersama sebuah jenama terkenal antarabangsa di Damansara semalam.