Perlawanan tumpuan Liga Super minggu ke-14 membabitkan dua gergasi bola sepak negara di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), esok.
Selangor akan melayani kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), buat kali kedua musim ini selepas pertembungan dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih), tahun lalu.
Advertisement
Saingan musuh tradisi ini sering menjanjikan aksi hangat dengan kedua-dua pasukan mahu merekodkan kemenangan dan meraih tiga mata penuh.
Aksi tumpuan LS14 🔥
Jumpa anda di Stadium MBPJ pada esok jam 8.15PM 🏟️#LigaSuper2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/62b5jHw0jC— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 3, 2026
Siapakah pilihan anda? The Red Giants atau Harimau Selatan?
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) SELANGOR VS JDT
Tarikh: 4 Januari 2026, Ahad
Saluran: Astro Arena (803), Astro GO, Sooka & Youtube (Arena)
Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Masa: Bermula 8.15 malam