Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Selangor penuhi hajat tiga mata, Kelantan TRW pulang hampa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

SELANGOR 2 KELANTAN TRW 0

Kegusaran Kelantan The Red Warriors (TRW) terhadap ancaman trio Selangor menjadi kenyataan apabila ditumbangkan 0-2, sebentar tadi.

Advertisement

Sebelum sepak mula, penolong jurulatih Kelantan TRW, Akmal Rizal Rakhli, menyuarakan kebimbangannya terhadap kelibat Faisal Halim, Alvin Fortes serta Quentin Cheng dalam memacu Selangor.

Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik dalam pertemuan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), perancangan itu musnah pada minit ke-20 apabila Alvin Fortes memanfaatkan umpanan Quentin Cheng untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Gergasi Merah terus mengasak dengan sepakan percuma Fortes sempat menggegar palang sebelum Chrigor Moraes menggandakan kelebihan barisan kendalian Christophe Gamel itu.

 

 

 

Dalam aksi di Paroi sebelah petang tadi, Negeri Sembilan kempunan memungut mata penuh di sebalik jaringan sulung Luqman Hakim Shamsudin sebelum waktu rehat dan ironinya, pertahanan Terengganu, Ubaidullah Shamsul, mengikat kedudukan 1-1 pada masa kecederaan.

Di Stadium Sarawak, Ramadhan Saifullah Usman muncul wira buat Kuching City yang menyaksikan gol tunggalnya membenam DPMM 1-0.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video