Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City kekal dalam perebutan naib juara

Liga Super: KL City kekal dalam perebutan naib juara

Kuala Lumpur City mengukuhkan kedudukan mereka dalam perebutan gelaran naib juara Liga Super musim ini, dengan kemenangan selesa ke atas Kelantan TRW.

Namun di sebalik kejayaan tersebut Risto Vidakovic berkongsi yang dia mungkin tidak kekal selaku pengendali skuad warga kota selepas perlawanan ini.

Advertisement

Terdahulu, anak buah Vidakovic memecah kebuntuan di minit ke-20 perlawanan, menerusi Safawi Rasid yang bergandingan dengan Kpah Sherman untuk mendahului babak pertama.

Momentum pelawat dibawa ke separuh masa kedua apabila sherman berjaya melakar nama selaku penjaring pula untuk menggandakan kelebihan KL City.

Keputusan akhir 2-0 memastikan skuad warga kota kini menduduki tangga ketiga, terikat sama mata dengan Selangor yang masih belum turun beraksi minggu ini, serta diekori Kuching City yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video