Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Imigresen lepasi 'roadblock' PDRM di Batu Kawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

IMIGRESEN

Dua gol Elvis Kamsoba membanti Imigresen mencipta kenduri gol selepas menewaskan PDRM 5-0 dalam saingan minggu ke-10 Liga Super 2025/25 di Stadium Negeri Pulau Pinang, sebentar tadi.

Fadzrul Danel terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-19 sebelum tampanan Joao Pedro menewaskan Ifwat Akmal buat kali kedua untuk menutup babak pertama dengan mendahului 2-0.

Advertisement

 

 Masuk babak kedua menyaksikan dua gol daripada Kamsoba hadir dalam tempoh empat minit untuk terus menghukum pertahanan skuad Sang Saka Biru yang longlai.

 

Fayad Zulkifli yang masuk sebagai pemain gantian melengkapkan kemenangan 5-0 Imigresen di laman sendiri untuk meraih tiga mata sekali gus meletakkan mereka di kedudukan kelapan dengan sembilan mata dalam saingan liga.

Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan di Stadium Likas menyaksikan Sabah melakar kemenangan tipis menewaskan Penang 3-2.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video