Umpama satu 'reunion' antara dua ketua jurulatih dengan dua reaksi berbeza.
Bagi ketua jurulatih Melaka, E. Elavarasan, mengakui permainan taktikal 'low block' yang ditonjolkan sebagai sesuatu yang perlu dilakukan apabila berdepan pasukan yang sangat klinikal di hadapan gol seperti Selangor.
Advertisement
Bekas jurulatih skuad B-23 negara itu menekankan pujian harus diberikan sepenuhnya kepada barisan pemain yang tampil dengan disiplin tertinggi sepanjang perlawanan.
"Secara peribadi selepas beraksi dalam dua perlawanan yang sukar walaupun tewas mungkin semangat untuk bersaing dalam aksi ini lebih menyakinkan.
"Saya lihat pemain berusaha untuk raih satu mata, bagaimana kami kekalkan fokus, konsentrasi, kami tahun Selangor akan datang lebih kuat dalam babak kedua jadi penting bagaimana kami terus fokus," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, beranggapan terlalu sukar untuk menghadapi permainan 'ultra defensif' yang dipamerkan Melaka sehingga anak buahnya buntu mencari jaringan di Stadium Hang Jebat.
Selepas tiga mata terlepas, kini cabaran lebih besar dalam merebut kedudukan kedua Liga Super dengan Kuala umpur City dan Kuching City kini mengintai sasaran yang sama dengan perbezaan mata yang terlalu dekat.
"Sukar, sangat sukar. Sangat kecewa dengan keputusan. Sekiranya kita mahu memperkukuhkan kedudukan, kami perlu menang dalam aksi seperti ini.
"Saya rasa kita belum berada di tahap itu lagi, saya rasa kita belum cukup kuat, perlu kerja lebih keras lagi. Pemain telah lakukan tugas mereka dengan baik.
"Semua pasukan mahu berada di kedudukan kedua termasuk KL dan Kuching City.
"Inilah kehidupan, perlu bersaing dan membuktikan bahawa Selangor boleh berada di kedudukan kedua." tambahnya.