Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Apa situasi terkini kecederaan Arif Aiman?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

JDT

Xisco Munoz turut menjawab persoalan mengenai status semasa bintang utama Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman Mohd Hanapi, yang mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa lalu.

Harimau Selatan tetap garang dengan kemenangan 7-1 ke atas Melaka dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi sekali gus melunaskan misi tiga mata tanpa aset kebangsaan itu.

Advertisement

Namun, ketua jurulatih JDT itu belum mampu menawarkan situasi sebenar Arif Aiman yang berdepan masalah hamstring menjelang kunjungan ke Melbourne City untuk kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elit, Selasa depan.

"Apabila anda kehilangan pemain terbaik di Asia , semua pihak akan bersedih lebih-lebih lagi penyokong JDT.

"Kami kehilangannya dan saya pasti dia akan kembali dengan lebih kuat.

"Begitulah bola sepak, perkara sebegini boleh berlaku dan dia berusaha keras untuk kembali secepat mungkin.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat berkongsi perincian lanjut dengan anda mengenai kecederaan," katanya dalam sidang media pasca perlawanan malam tadi. 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video