Saingan di puncak Liga A1 Semi-Pro kian rancak apabila Selangor II kini terikat 36 mata dengan Johor Darul Ta'im (JDT) II.
Selangor II lebih merasai bahangnya dan buat julung kalinya, mereka mengalami dua kekalahan berturut-turut.
Advertisement
Selangor II tumbang 0-1 kepada Kelantan Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi menerusi jaringan saat-saat akhir oleh Emmanuel Mbarga.
Situasi itu mencetuskan ketegangan melibatkan kedua-dua kem biarpun wisel penamat sudah ditiupkan.
Begitupun, isu berkenaan tidak berlarutan apabila kedua-dua pasukan diraikan dan menikmati juadah bersama-sama di Nasken Coffee.