Pertahanan kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin, menerima sambutan hangat dalam penampilan pertamanya menyarung semula jersi Selangor dalam perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M).
Safuwan kembali dalam percaturan Gergasi Merah -- buat kali ketiga -- di bawah tunjuk ajar ketua jurulatih baru, Kim Pan-gon, sebaik tempoh pinjaman selama enam bulan bersama Lion City Sailors tamat.
Advertisement
Selangor yang bertandang ke Brunei, melakar kemenangan 5-2 ke atas DPMM FC malam tadi dan bakal berdepan ujian seterusnya menentang Negeri Sembilan di laman sendiri, Rabu ini.
Dalam salah satu gambar yang dikongsikan di media sosial peribadinya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut menitip doa sempena kepulangannya ke dalam barisan Gergasi Lembah Klang itu dengan menulis, "1 piala Insha'Allah."
