Skip to main content

Bola Sepak

Layak ke Piala Asia, Singapura ikrar setiap dolar dimanfaatkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola sepak

Presiden Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Forrest Li, sanggup mengeluarkan dana peribadi untuk membayar bonus SGP2 juta (RM6.4j) selepas negara republik itu layak ke Piala Asia secara merit buat julung kalinya.

Begitupun, Forrest Li menaruh harapan syarikat korporat negara itu semakin galak melabur untuk bola sepak tempatan.

Advertisement

"Apabila pasukan kebangsaan beraksi dengan baik, semua orang gembira.

"Ia benar-benar satu kebanggaan dan kegembiraan.

"Jika anda mempunyai sumber, jika anda sebuah syarikat besar, saya harap anda boleh tampil untuk menyumbang dan saya akan memastikan sebagai presiden FAS, setiap dolar dibelanjakan dengan baik," katanya.

Kejayaan mara ke pusingan di Arab Saudi pada 2027 itu membuka mata ramai yang menyatakan kesediaan untuk  menyumbang.

 

Must Watch Video