Penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat, sedia untuk mengucapkan selamat tinggal selepas lima tahun bersama kelab itu.
Malah, pemain yang mesra disapa dengan panggilan Apek itu turut membuka hati untuk menggantung but selepas dua dekad mencurahkan keringat buat bola sepak tanah air.
Advertisement
Perkongsian eksklusif itu dibuat bekas bintang Harimau Malaya berkenaan kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas membantu Sabah mengikat Penang di Stadium Bandaraya malam tadi.
Natikan Nadi Arena pada jam 11 malam ini untuk butiran lanjut.
“Ini tahun terakhir saya”, Khairul Fahmi Che Mat. 👋🏼@ASTROARENA pic.twitter.com/obzVQrvnLi
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 27, 2026