Skip to main content

Bola Sepak

Kerja impian peminat bola sepak: Dibayar RM215,000 tonton semua perlawanan Piala Dunia

Kerja impian peminat bola sepak: Dibayar RM215,000 tonton semua perlawanan Piala Dunia

Bagi kebanyakan peminat bola sepak, menonton semua perlawanan Piala Dunia adalah satu impian. Namun bagi dua rakyat Amerika Syarikat, impian itu menjadi realiti apabila mereka dibayar ASD50,000 (kira-kira RM215,000) seorang hanya untuk menyaksikan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026.  

Austin Franklin, 29, dan Kevin Akoto, 26, dipilih daripada ribuan pemohon untuk memegang gelaran 'Chief World Cup Watcher', satu inisiatif yang diwujudkan oleh badan penyiar rasmi, Fox Sports dan Fox One sempena kejohanan terbesar bola sepak dunia itu.  

Tugas mereka bukan sekadar duduk menonton perlawanan. Sepanjang 39 hari kejohanan, mereka perlu mengikuti setiap aksi secara langsung, menghasilkan kandungan media sosial, berkongsi reaksi serta berinteraksi dengan peminat dari seluruh dunia.  

Lebih menarik, kedua-duanya menjalankan tugas tersebut dari sebuah studio lutsinar khas yang dibina di tengah-tengah Times Square, New York. Ribuan pengunjung dan peminat bola sepak dapat melihat mereka menonton perlawanan secara langsung melalui dinding kaca studio tersebut.  

Pada asalnya, pihak penganjur hanya mahu memilih seorang pemenang. Namun sambutan luar biasa daripada peminat menyebabkan mereka memilih dua individu untuk berkongsi tugas tersebut.  

Akoto mengakui dia sukar mempercayai berita itu apabila diumumkan sebagai pemenang.

“Memanggilnya sebagai kerja impian pun terasa tidak cukup. Mendapat peluang menyaksikan setiap perlawanan Piala Dunia dari barisan hadapan adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya.  

Sementara itu, Franklin menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang “sukar dipercayai” dan peluang sekali seumur hidup untuk berkongsi detik-detik bersejarah Piala Dunia dengan jutaan peminat.  

Dengan enam perlawanan sehari pada sesetengah hari sepanjang peringkat kumpulan, tugas itu mungkin kedengaran mudah, namun kedua-duanya perlu memastikan mereka tidak terlepas walau seminit aksi daripada kejohanan yang melibatkan 48 negara itu.  

Bagi kebanyakan peminat bola sepak, dibayar ratusan ribu ringgit untuk menonton Piala Dunia mungkin benar-benar definisi sebenar “kerja impian”.  

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video