"Kita harus bergerak ke hadapan"
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, menegaskan komitmen badan pengendali liga itu untuk memastikan denyut nadi Liga Malaysia terus berjalan seperti biasa, meskipun arena bola sepak negara terpalit dengan kontroversi pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain.
Advertisement
Walaupun isu berkenaan dianggap mencalar imej negara, Shazlee menjelaskan MFL tidak melihat sebarang impak buruk terhadap kelangsungan saingan domestik yang masih berbaki hingga Mei depan.
"Saya berasakan kita perlu bergerak kehadapan, liga masih lagi berbaki sehingga Mei, perlawanan akan diteruskan.
"MFL juga telah keluarkan kenyataan rasmi pemain berikut tidak dapat beraksi sehingga tempoh yang ditetapkan, MFL akan meneruskan saingan liga seperti biasa," katanya.
Insiden itu menjadi episod hitam kedua melanda bola sepak negara selepas kes simbah asid membabitkan pemain Selangor, aisal hHalim.
Sebelum ini, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia dan tujuh pemain yang kekal digantung selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) daripada menyertai perlawanan rasmi.
Empat daripada tujuh pemain kini beraksi dalam Liga Malaysia, tiga bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon razabal, manakala seorang lagi Gabriel Palmero, menyarung jersi kuching city.
Tatkala difahamkan isu berkenaan memberi kesan terhadap FAM daripada sudut penajaan, Shazlee mendedahkan situasi berbeza buat MFL yang tidak terkena tempias.
"Daripada pihak MFL, kami baru lepas lakukan majlis berbuka Bersama penaja, mereka bersama-sama MFL. Tiada impak besar buat MFL, Piala Malaysia, Challenge Cup juga dapat sambutan jadi kami percaya berada di landasan tepat." ujarnya.