Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, menyifatkan persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bernasib baik dan wajar menarik nafas lega apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak menjatuhkan hukuman di bawah Artikel 61 kesalahan pemalsuan dokumen.
Ujarnya, artikel 61 itu memperuntukkan hukuman lebih berat termasuklah hilang kelayakan untuk beraksi dalam kejohanan utama pada masa akan datang.
Advertisement
Tanggal 17 Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC, Jahangir Baglari, telah mendapati FAM melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak ketika menentang Nepal dan Vietnam.
Sehubungan itu, Harimau Malaya diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 untuk kedua-dua perlawanan tersebut berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.
"Kita bernasib baik kerana penyokong menjangkakan Malaysia akan dikenakan larangan tidak boleh bertanding dalam kejohanan akan datang.
"Jadi hukuman sekadar terhadap dua perlawana tersebut, itu sudah cukup bertuah," katanya.
