Skip to main content

Karate

Kem karate negara capai sasaran pingat di Deaflympics Tokyo 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DEAFLYMPICS

Karate capai sasaran dalam Deaflympics Tokyo!

Jurulatih karate pekak kebangsaan, Caleb Zheng, mengakui aspek kepantasan Yilamaran Vispalinggam perlu diperkukuh bagi mengatasi atlet dari Ukraine yang rata-rata memiliki kelebihan dalam aspek kelajuan dan teknik serangan.

Advertisement

Bagaimanapun, Caleb tetap berpuas hati dengan jurang peningkatan yang dipamerkan Yilamaran yang mempertahankan pingat perak yang dimenanginya edisi lalu.

 

 


"Secara keseluruhan bagi saya 50-50, Yilamaran punya keputusan baik. Untuk Afiq pula dia menang dalam dua pusingan untuk melangkah ke separuh akhir.

"Dua atlet lagi bagi saya masih boleh diperbaiki."katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Skuad negara menutup temasya kali ini dengan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa dan merupakan pencapaian ketiga terbaik selepas edisi 2001 di Itali dan 2022 di Brazil.

Topik Berkaitan

Must Watch Video