Golongan B40 dan asnaf bakal menikmati dana sebanyak RM7.8 juta yang dikumpul menerusi penganjuran di Kejohanan Golf Fillah Tuanku Canselor UMPSA hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli apabila bersama-sama 120 peserta beraksi di Sungai Long Golf and Country Club dan hasilnya, mengutip dana melebihi sasaran asal sebanyak RM5j.
Amanah Yayasan UMPSA setakat ini telah meringankan beban 23,000 pelajar, khususnya penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Kejohanan ini merupakan sebuah inisiatif berprestij yang menghimpunkan komuniti korporat, agensi kerajaan, industri, alumni dan pencinta sukan golf dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta memperluaskan jaringan kerjasama universiti bersama pelbagai pihak bagi menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan malah kebajikan demi kecemerlangan universiti secara holistik.
Sementara itu, kejohanan dianjurkan yayasan umpsa ini bukan sahaja menjadi platform sukan dan pertandingan, malah berfungsi sebagai medan memperkasa ekosistem pendidikan tinggi Yang berteraskan inovasi, penyelidikan, pembangunan bakat dan kebolehpasaran graduan.
Selain memberi tumpuan kepada kebajikan mahasiswa, umpsa turut memperluas impak kepada masyarakat melalui pelaksanaan pelbagai program komuniti.
Antaranya kembara lestari merangkumi 14 kembara telah dilaksanakan dengan menyantuni lebih 13,000 orang komuniti di 37 buah kampung.