Skip to main content

Badminton

Kecederaan sukan bukan sekadar fizikal!

j

Keputusan Viktor Axelsen untuk meninggalkan pentas kompetitif bukan sekadar berita persaraan seorang juara.

Ia juga membuka satu ruang perbualan yang lebih besar mengenai bagaimana kecederaan dalam sukan bukan hanya memberi kesan pada tubuh badan fizikal, tetapi juga mental seseorang atlet. 

Dalam sukan elit, kecederaan lazimnya dikaitkan sebagai cabaran fizikal yang perlu diatasi tetapi yang jarang diperkatakan adalah fasa di sebalik itu di mana ketidakpastian, kehilangan momentum, dan tekanan untuk kembali ke tahap asal. Ini semuanya berkait dengan kesihatan mental.

Advertisement

 

 

 

 

 

 

Bagi atlet yang sudah berada di pentas tertinggi dunia, ramai yang pernah berkongsi bahawa kecederaan adalah antara tempoh yang paling sunyi dalam kareer mereka. Tiada sorakan, tiada pentas untuk bersaing, hanya proses pemulihan yang Panjang dan kadang-kadang penuh keraguan. Situasi seperti ini sebenarnya lebih memakan diri atletdari segi mental.

Lihat sahaja contoh seperti perseorangan lelaki negara, Lee Zi Jia yang kini masih mencari rentak sebenar permainannya selepas dibelenggu kecederaan yang berterusan.

Juga skrip yang sama terjadi kepada beregu wanita no 1 negara, Pearly Tan yang terpaksa menarik diri Piala Uber juga disebabkan kecederaan.  

 

 

 

Jadi sebagai orang luar yang melihat, janganlah anda terus mahu memberi tekanan mahupun meletakkan harapan tinggi buat atlet yang mungkin baru kembali dari kecederaan.

Sebaliknya, beri mereka masa untuk mencari keyakinan semula, untuk mempercayai tubuh badan mereka, kerana atlet mana yang tidak ingin lakukan yang terbaik buat diri dan negara.

Ingat, atlet juga seorang manusia biasa, bukanlah mesin yang hanya boleh dikerah untuk mendapatkan hasil.  

 

Must Watch Video