Skip to main content

Bola Sepak

Jerung 'Ritinha' ramal kemenangan Brazil

aa

Seekor jerung betina yang dinamakan Ritinha di akuarium AquaRio, Rio de Janeiro, Brazil mencuri perhatian apabila "meramalkan" Brazil akan menewaskan Maghribi dalam perlawanan pembukaan pasukan itu di Piala Dunia.

Dalam acara yang berlangsung di hadapan pengunjung pada Rabu, Ritinha memilih tin berlabel Brazil berbanding tin berlabel Maghribi, sekali gus dianggap sebagai ramalan kemenangan buat pasukan tuan rumah.

Aktiviti itu mengikut tradisi haiwan "peramal" yang sering dikaitkan dengan kejohanan sukan besar.

Penyelam meletakkan pilihan yang mewakili kedua-dua negara sebelum Ritinha membuat pilihannya.

Ketua Pegawai Eksekutif AquaRio, Marcelo Szpilman, berkata program tersebut bertujuan mengubah persepsi masyarakat terhadap jerung dan mendekatkan haiwan itu dengan orang ramai.

Menurutnya, aktiviti berkenaan mampu menarik minat pengunjung sambil memberi pendedahan mengenai kepentingan pemuliharaan jerung.

Brazil bakal berdepan Maghribi dalam aksi pembukaan Piala Dunia, dengan negara Amerika Latin itu memburu kejuaraan dunia keenam dalam sejarah mereka di hadapan penyokong sendiri. -- Astro Awani

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video