Bahang ketidaktentuan mula menyelubungi arena sukan negara dengan nasib Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 kini berada dipersimpangan tanda tanya.
Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, memaklumkan satu mesyuarat khas akan diadakan pada 30 April bersama Jawatankuasa Tertinggi Sukma bagi mencari titik noktah nasib kejohanan terbesar domestik negara itu.
Advertisement
Mesyuarat berkenaan akan berkisarkan usul daripada pihak terlibat termasuk Kerajaan Negeri Selangor selaku penganjur.
"Apa-apa keputusan adalah perlu dibuat secara kolektif, bukan sahaja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi Jawatankuasa Tertinggi Sukma (yang merupakan) platform terbaik -- yang melibatkan exco-exco semua negeri dalam Malaysia melibatkan MSN (Majlis Sukan Negara), MSN Negeri, MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan badan lain -- untuk buat keputusan tersebut secara bersama
Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari memaklumkan, satu mesyuarat khas akan dilaksanakan pada 30 April bagi mencari titik noktah kepada nasib SUKMA Selangor 2026 yang kini berada di persimpangan tanda tanya.
Lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam! @ASTROARENA pic.twitter.com/YC0ENJdgi6— husnae (@husnazainudin_) April 22, 2026
"Kemudian saya akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma dalam masa terdekat," katanya di ISN, Bukit Jalil hari ini.
Taufiq turut menegaskan segala jawapan mengenai ekosistem atlet -- yang mungkin akan terganggu memandangkan 2027 akan berlangsungnya temasya dwitahunan Sukan SEA dan kebanyakan atlet menjadikan Sukma sebagai gelanggang pemanas badan -- hanya akan terlerai selepas mesyuarat 30 April depan.
"Selepas 30 April barulah kami akan keluarkan keputusan yang dibuat secara bersama, khususnya pandangan tuan rumah itu sendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.