Kekuatan mental menjadi titik tolak kepada kemaraan Argentina ke perlawanan akhir Piala Dunia 2026 untuk mengatur pertemuan dengan juara 2010, Sepanyol, Isnin depan.
Dibarisi rata-rata pemain berpengalaman, percaturan Lionel Scaloni nyata berbaloi apabila anak buahnya mempamerkan ketenangan sekali pun di bawah tekanan, sementelah dipaksa bangkit pada lewat permainan untuk membenam England 2-1 di Stadium Atlanta, sebentar tadi.
Sejak memasuki peringkat kalah mati lagi, juara bertahan dari Amerika Selatan tersebut perlu berhempas pulas sebelum melepasi rintangan separuh akhir dan ia kini menjadi azimat buat pemain-pemain Scaloni.
"Kami agak tertekan tetapi pihak lawan meragui diri mereka sendiri.
"Kami menghidu 'bau darah' (kelemahan itu) dan terus berjuang. Kami semua dapat berasakannya.
"Terdapat kekosongan di dalam kotak penalti England. Selepas dua percubaan kami terkena tiang, kami akhirnya memasukkan bola ke dalam gawang.
"Sebaik England menjaringkan gol, kami mula menunjukkan corak permainan sebenar.
"Ia lebih daripada sekadar taktik dan bermain bola sepak yang cantik," katanya.