Skip to main content

Bola Sepak

Ini peraturan-peraturan baru menjelang Piala Dunia 2026

d

Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) meluluskan beberapa peraturan baru berkuatkuasa di Piala Dunia 2026 bagi menanggani isu pembaziran masa dan memastikan permainan berlangsung dengan lancar.

Antaranya adalah bagi mengurangkan pembaziran masa yang berpotensi dilakukan pemain, tempoh lontaran bola ke dalam padang perlu dilkakukan dalam tempoh lima detik secara visual.

- Jika pemain sengaja melambat-lambatkan permainan akan dimulakan semula dengan balingan bola boleh diberikan kepada kepada pasukan lawan.

Selain itu, kiraan detik lima saat juga terpakai untuk sepakan gol dilakukan.

-Perkara ini menyaksikan sekiranya ada percubaan membuang masa secara sengaja maka berpotensi sepakan sudut diberikan kepada pasukan lawan.

Tempoh pertukaran pemain juga dihadkan dalam tempoh 10 saat. Dimana pemain yang dikeluarkan mempunyai tempoh 10 saat untuk keluar daripada padang dari mana-mana sudut.

-Jika gagal melakukan perkara itu, pemain pengganti tidak dibenarkan masuk sekurang-kurangnya satu minit dan pasukan perlu meneruskan permainan dengan 10 pemain.

Rawatan di luar padang hanya dalam tempoh satu minit sahaja. Dimana pemain yang mendapatkan rawatan perlu berada di luar padang selama 60 saat.

-Pengecualian hanya kepada penjaga gol, kecederaan tertentu.

Lainnya, pemain yang menutup mulut menggunakan tangan, lengan mahupun jersi ketika situasi konfrontasi berpotensi dilayangkan kad merah.

- Perkara itu bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi antara pemain. Selain pemain yang meninggalkan padang tanda protes kepada pengadil akan dilayangkan kad merah.

 

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Related Topics

Must Watch Video