Wartawan muda Astro Arena, Husna Zainudin, melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai wartawan pertama Astro Arena yang memenangi Anugerah Liputan Sukan Terbaik Media Elektronik pada Majlis Anugerah Media MBPJ 2026 yang berlangsung malam ini.
Kemenangan itu bukan sahaja menjadi pencapaian terbesar dalam kerjaya Husna setakat ini, malah turut mencipta rekod baharu buat Astro Arena apabila buat julung kalinya membawa pulang pengiktirafan dalam kategori liputan sukan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi laporan Soh Wai Ching bawa nama MBPJ pecah Guiness World Record.
Soh Wai Ching pecahkan rekod dunia beserta 3 rekod kebangsaan ..Fuh! ππ₯π€β€#NadiWeekend pic.twitter.com/8R0RnUEoQG
β Astro Arena π²πΎ (@ASTROARENA) July 19, 2025
Sebagai antara wajah baru dalam dunia kewartawanan sukan negara, Husna membuktikan usia bukan penghalang untuk menghasilkan laporan berkualiti, kreatif dan memberi impak kepada penonton.
Pengiktirafan tersebut turut mencerminkan komitmen Astro Arena dalam melahirkan barisan wartawan generasi baharu yang mampu mengangkat standard kewartawanan sukan di Malaysia.
Wartawan Gen Z Astro Arena, Husna Zainudin pecah rekod sebagai wartawan Astro Arena pertama muncul pemenang Anugerah Liputan Sukan Terbaik Media Elektronik MBPJ!
Tahniah and fly high! ποΈ @husnazainudin_ @ASTROARENA pic.twitter.com/4DEditzpdWβ Kamal Nizam (@kamalnizamm) June 26, 2026
Majlis Anugerah Media MBPJ merupakan platform tahunan yang mengiktiraf pengamal media atas sumbangan mereka dalam menghasilkan laporan berkualiti serta memperkukuhkan hubungan strategik antara media dan pihak berkuasa tempatan.
Kejayaan Husna dijangka menjadi inspirasi kepada lebih ramai wartawan muda, khususnya Generasi Z, untuk terus berkarya, berani meneroka idea baharu dan menghasilkan liputan yang mampu memberi impak kepada industri media negara.
Teruskan sokongan anda bersama Nadi Arena dan Stadium Astro!