Skip to main content

Sukan

Hoki kelayakan Piala Dunia: Kecederaan tiga tonggak runsingkan jurulatih The Speedy Tigers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Ketua jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh, berdepan masalah kecederaan yang melibatkan beberapa pemain utama menjelang hoki kelayakan Piala Dunia 2026 di Mesir pada awal Mac depan.  

Alfarico Lance antara yang perlu diketepikan Sarjit selepas mengalami keretakkan pada ibu jari tangannya dalam jelajah Australia tempoh hari.

Advertisement

Bagi Sarjit, ia juga membuka peluang kepada pemain lain untuk membuktikan mereka mampu berada dalam skuad ke Mesir, sekali gus merebut tempat ke Piala Dunia.

"Muhammad Amirul Hamizan Azahar tidak ke Australia kerana kecederaan dan Syed Syafiq Syed Cholan mengalami ketegangan di bahagian betis.

"Alfarico pula mengalami keretakkan jari di Australia -- akan jalani pembedahan --  jadi akan terlepas ke pusingan akhir.

"Saya sudah mempunyai gambaran 16 pemain dan saya cuma perlu empat pemain lagi," katanya di Nadi Arena. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video