Pengurus berbasikal negara, Mohd Asri Abd Mubin, sudah tiba di tanah air bagi terus mendapatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami hypertensive intracranial bleed dengan menunjukkan simtom strok sewaktu menjalankan tugasan dalam Sukan Para ASEAN baru-baru ini.
Terdahulu, Asri terpaksa dimasukkan ke hospital di Korat dengan pengesanan menunjukkan berlaku pendarahan otak disebabkan tekanan darah terlalu tinggi.
Advertisement
Sejurus itu, pihak insurans dari Allianz Malaysia telah mengaktifkan proses Medevac, termasuk urusan pemindahan dari Thailand ke hospital tempatan.
Menurut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Asri selamat tiba di Lapangan Terbang Subang dan terus dipindahkan ke ambulans untuk segera ke hospital.