Skip to main content

Badminton

Prestasi dia luar biasa dan menakjubkan, kata Ismail Saman kepada Lee Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bam

Bekas perseorangan lelaki nombor enam dunia, Ismail Saman, menyifatkan Lee Zii Jia menunjukkan perkembangan luar biasa selepas berjaya  melonjak 24 anak tangga untuk kini menghuni kedudukan ke-79 dunia.

Ternyata Ismail mempunyai penilaian tersendiri ketika diminta mengulas prestasi semasa bekas juara All England edisi 2021 itu.

Advertisement

Dia yakin pemain berusia 27 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah itu memiliki 'X Factor' yang belum dipamerkan lagi sebelum ini, yang jelas masih disimpannya dalam perlawanan penting.

"Apa yang saya lihat prestasi dia satu perkembangan positif, prestasi luar biasa dan diluar jangkaan.

"Jika diikutkan prestasi atau kecederaan akan perlahan-lahan meningkat, namun prestasi dia menakjubkan. Saya harap dia juga akan beri momentum semangat buat dirinya juga," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini yang mengumumkan pelantikan seramai tiga jurulatih baru bagi memperkukuh barisan kejurulatihan negara selaras dengan misi BAM iaitu untuk memperkasakan prestasi dan pembangunan pemain.

Tiga muka baru menyaksikan kemasukan bekas pemain bergu negara, Mohd Zakry Abdul Latif, memainkan peranan dalam kem beregu wanita sementara Harry hHartono dan Yeoh Kay Bin pula akan menggembleng tenaga dalam kem perseorangan lelaki senior dan remaja.

Kemasukan dua mula baru itu disifatkan sebagai pilihan tepat  bagi menyerlahkan kembali prestasi sektor perseorangan lelaki negara.

"Pada saya jika Harry masuk ke kem perseorangan adalah tepat pada masanya, negara perlukan jurulatih berpengalaman selepas mendidik Anthony Ginting, Jonatan Christie, jadi pengalaman itu amat diperlukan negara kita." tambahnya.

Must Watch Video