Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2026 kembali dengan penuh impak dan magis dalam penganjuran edisi kali ini.
Perkara itu susulan saingan hari pertama menyaksikan majorti pemain bergelut untuk mengadaptasi dengan keadaan sukar di Kelab Seri Selangor.
Advertisement
Antara faktor yang menyumbang kepada permainan yang tidak konsisten adalah fairway yang beralun, serta kelajuan green menyukarkan pemain mengawal bola dekat dengan kedudukan pin.
Disebalik kesukaran hari pertama saingan, wakil dari kem Singapura, Nicklaus Chiam, mencuri perhatian dengan permainan kemas dan terpuji.
Nicklaus muncul pendahulu dalam saingan hari pertama menerusi 64 pukulan, 7 dibawah par meskipun keadaan angin kencang menjadi cabaran utama.
Untuk rekod, Nicklaus merupakan jurulatih golf pemain amatur di Kelab Sentosa, malah suasana dan kelajuan angin mirip di kampung halamannya.
Dia menamatkan saingan hari pertama dengan 10 birdie dan hanya mencatat 3 boogey.
"Saya berlatih di Kelab Golf Sentosa, duta serta jurulatih sampingan di sana. Mengawal keadaan angin banyak membantu saya.
"Pukulan demi pukulan, tidak terlalu bergegas dan menikmati perjalanan dan pukulan. Tidak mengubah taktikal permainan. Hari ini saya juga terkejut dengan keputusan kerana tahun lalu berbeza." katanya.