Skip to main content

Ragbi

Seluruh warga SEMASHUR 'turun padang' saksikan Majlis Undian Super Schools Rugby Premier edisi ke-11

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fgfg

Meriah di Dewan Titiwangsa, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) apabila satu sekolah turun untuk melihat momen Majlis Undian Super School Rugby 2026 secara langsung.

Bagi pengetua SEMASHUR, Siti Mariam Shamsudin, beranggapan musim ini lebih istimewa apabila dia mengharapkan trofi itu boleh dibawa kembali ke SEMASHUR, signifikan dengan 2026 sebagai tahun terakhir buat dirinya sebelum bersara.

Advertisement

 

 

 "Untuk anak-anak semua, semoga ini menjadi satu hadiah terbaik kerana ini tahun terakhir saya kerana akan bersara.

"Saya harapkan kemenangan, kami akan berjuang habis-habisan," katanya.

Sementara itu, melihat kepada SEMASHUR yang diundi dalam Kumpulan C, ketua jurulatih ragbi SEMASHUR, Mohd Soleh Abdul Hamid, tidak memandang rendah kepada mana-mana pasukan sebaliknya sentiasa mengingatkan anak buahnya untuk fokus sepenuhnya setiap perlawanan yang mereka hadapi.

"Pada saya semua pasukan bersedia, ada yang jalani pramusim dan konsisten beraksi. Memang tahun ini akan jadi saingan paling sengit.

"Tak mustahil semua pasukan boleh bersaing dengan terbaik." ujarnya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Must Watch Video