Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

FIFA tiada kuasa untuk... -- Peguam undang-undang sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam

Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid, menjelaskan terdapat dua surat beranak yang dikeluarkan oleh dua negara berdaulat maka Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan surat beranak mana yang mengatasi surat beranak yang lain.

Perkara itu susulan dua negara yang mengeluarkan surat beranak buat tujuh pemain warisan Harimau Malaya -satu daripada Malaysia dan satu lagi seperti yang dikongsi FIFA- buat pemain yang menyarung jersi Harimau Malaya iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Advertisement

"FAM v FIFA @ CAS: ada dua surat beranak yg dikeluarkan oleh dua negara berdaulat. FIFA tiada kuasa untuk sahkan mana satu mengatasi yang lain.

 

 

 

"Jika CAS memutuskan surat beranak Malaysia diterima, FIFA wajib membenarkan mereka bermain." katanya dalam satu posting di laman Facebook." kongsinya.

Terdahulu, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada hujung bulan lalu menangguhkan hukuman penggantungan tujuh pemain warisan negara, yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan pemalsuan dokumen.

Malah, keputusan rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen itu dijangkakan akan diketahui pada Februari ini.

 

Must Watch Video