Skip to main content

Sukan Lain

Kerana sukan, cinta berputik

Ahirin

Sukan sering kali dilihat sebagai medium efektif untuk menyatukan masyarakat, magisnya juga sudah kerap kali menyatukan dua jiwa. Baru-baru ini, pelumba basikal profesional negara, Mohd Hafidz Abd Hamid, dan pelakon serta pengacara, Ahirine Ahirudin, tampil mengesahkan mereka dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga.

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, pasangan yang dilihat semakin akrab sejak setahun lalu itu bagaimanapun akan memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Advertisement

Mohd Hafidz pernah dinobatkan sebagai juara kategori elit lelaki 140 kilometer (km) dalam kejohanan L’Etape Malaysia pada 2024, manakala Ahirine yang aktif dalam sukan lasak pernah menyertai keluarga Astro Arena untuk siaran Nadi Weekend beberapa tahun lalu.

Mohd Hafidz dan Ahirine yang mesra disapa E mula berkenalan ketika aktif dalam sukan berbasikal, dan hubungan mereka mula mendapat perhatian selepas berkongsi momen bersama di media sosial, dengan terbaharu Hafidz dilihat menemani Ahirine pada majlis tayangan istimewa filem Mikael: Pemburu Dua Alam serta dilihat mengenakan pakaian sedondon dalam majlis yang turut dihadiri keluarga terdekat.

Semoga perjalanan karier serta perancangan mendirikan rumahtangga bagi Mohd Hafidz dan Ahirine berjalan sama lancarnya. Bertambah lagi pasangan selebriti sukan di Malaysia.

Topik Berkaitan

Must Watch Video