Khabar angin yang bertebaran selama ini terjawab apabila beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, sah berpisah selepas hampir satu dekad bergandingan dalam arena badminton tempatan mahupun antarabangsa.
Untuk rekod, kali terakhir mereka beraksi pada Kejohanan Badminton Seluruh England pada bulan lalu.
Advertisement
Sepanjang bersama, pencapaian terbaik adalah menduduki tempat keenam dunia dan meraih pingat gangsa dalam Kejuaraan Dunia 2021 di Sepanyol.
Peminat turut menggelar mereka sekalu 'Menteri Pertahanan' badminton negara ekoran memiliki kemahiran bertahan yang sangat memukau.
Kini, Teo Ee Yi membuat haluan baharu apabila bakal bergabung dengan Chia Wei Jie dalam meneruskan karier dalam sukan bulu tangkis itu. Difahamkan, Terbuka Thailand menjadi permulaan buat mereka.
Setakat ini, belum ada pengesahan siapakah yang menjadi gandingan baru buat Ong Yew Sin. Adakah dia bakal membuat percaturan bersama isterinya, Aya Ohori, namun ia masih di peringkat desas desus.
Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, turut berpisah.
Haikal akan bersama Bryan Jeremy Goonting dan Hon Jian membina persefahaman bersama Wong Vin Sean.