Skip to main content

Berbasikal

Nurul Izzah Izzati diangkat Olahragawati MASUM, tanam hasrat baiki catatan masa peribadi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

VSF

Pelumba basikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri, menanam hasrat untuk memperbaharui catatan masa peribadinya musim ini.

Izzah yang juga dianugerahkan gelaran Olahragawati MASUM 2024 di Majlis Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Putrajaya itu menjelaskan fokus kini tertumpu pada pusingan pertama Piala Dunia Trek di Perth, Australia pada 6 hingga 8 Mac depan serta Kejohanan Berbasikal Trek Asia ACC 2026.

Advertisement

Dengan tarikh kejohanan yang semakin hampir, sesi latihan lebih menekankan terhadap peningkatan kekuatan fizikal serta kelajuan kayuhan bagi memastikan hasrat mempertahankan emas tercapai.

"Kami memang meneruskan sesi Latihan, sekarang latihan secara spesifik fokus pada kekuatan.

"Anugerah ini berikan saya motivasi selain saya juga mahu fokus perbaiki catatan masa saya." katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video