Skip to main content

Sepak Takraw

Final Piala Dunia ISTAF: Apa yang pasukan Thailand lakukan satu kerugian -- Jurulatih negara

jais

Tatkala perlawanan set kedua regu ketiga hampir menuju ke penamat, segala-galanya terhenti selepas Thailand membantah keputusan pengadil, Radhi Che Mai, yang memberikan mata penting buat Malaysia untuk mengikat kedudukan menjadi 14-14.

Barisan pemain skuad Gajah Perang mendakwa pengadil melakukan kesilapan dengan membatalkan mata kemenangan mereka untuk mengheret perlawanan ke set ketiga yang juga set penentuan meskipun ulang tayang menunjukkan kaki perejam Thailand, Puthawan Sopa, melebihi garisan sebelum melakukan libasan.

Bagi ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, dia  mengakui tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diraih kerana menganggap final sebesar itu wajar dimuktamadkan di gelanggang sepenuhnya sambil menyifatkan keputusan lawan enggan meneruskan permainan sebagai tindakan kurang matang.

"Bagi saya secara peribadi tidak berpuas hati dengan kemenangan sebegini, namun sudah rezeki cipta kejayaan kami terima keputusan memandangkan pemain udah berusaha sebaik mungkin serta menunjukkan semangat juang tinggi.

"Untuk aksi itu masih terbuka, jika insiden itu tidak berlaku pasukan negara akan berhadapan cabaran besar dan belum tentu boleh jadi juara.

"Namun apa yang pasukan Thailand lakukan satu kerugian buat mereka. Di atas keputusan itu kita menjadi juara dalam edisi kali ini." kata ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun.

 

Must Watch Video