Susulan kejayaan Hakim Danish memecahkan kebuntuan 10 tahun untuk memenangi saingan Moto3 di Litar Brno, Czechia, baru-baru ini, kejayaan itu juga ibarat mengimbau kembali zaman kemeriahan Zulfahmi Khairuddin dan Khairul Idham Pawi dalam kategori yang sama.
Zulfahmi yang pernah meraih podium dua kali di Malaysia dan Valencia, mengakui kejayaan Danish sedikit sebanyak mengembalikan kemeriahan kejohanan MotoGP buat semua peminat tempatan, selain berharap ramai akan memenuhi Litar Antarabangsa Sepang untuk memberikan sokongan kepada anish di GP Malaysia nanti.
"Kami lihat memang kesan bakat tempatan beri kesan besar kepada penonton yang hadir ke MotoGP Malaysia, saya yakin dengan kejayaan Hakim ini, saingan MotoGP Malaysia akan lebih menarik," katanya.
Apabila ditanya mengenai kemampuan Danish untuk mengulangi kejayaan di Litar Brno, Zulfahmi menyifatkan 'rookie season' ini sebagai peluang untuk belajar dahulu daripada segala kesilapan dan sekiranya menang, ia adalah bonus.
"Semestinya selepas memang di Brno, semestinya kami mahu menang di litar yang ada potensi untuk menang. Tetapi seperti yang saya katakan pada awal musim, dia masih muda, ada masa untuk perbaiki kesilapan dalam musim rookie.
"Perkara yang betul adalah meningkatkan prestasi dia secara konsisten dan konsisten, saya harap dia kekalkan prestasi dia dan kita lihat bagaimana kami boleh lakukan di GP Malaysia nanti." ujarnya.