Skip to main content

Bola Sepak

England lepasi ujian pertama menjelang Piala Dunia

England lepasi ujian pertama menjelang Piala Dunia

England di bawah bimbingan Thomas Tuchel dilihat berhasil menyesuaikan diri dengan keadaan panas melampau di Florida serta permukaan padang yang difahamkan kurang ideal.

Sebelum perlawanan menentang New Zealand di Raymond James Stadium, dilaporkan beberapa pemain skuad Three Lions bergelut dengan keadaan cuaca ketika sesi latihan awal, namun kemenangan 1-0 dalam aksi persahabatan sebentar tadi dilihat sebagai satu petanda positif bahawa England sudah bersedia dengan segala cabaran mendatang.

Tuchel melakukan 11 pertukaran pada separuh masa, namun tempo permainan kekal terkawal ketika England memanfaatkan perlawanan ini sebaiknya sebagai sebahagian daripada proses adaptasi menjelang kejohanan sebenar yang semakin hampir.

Suasana di stadium turut bertukar menjadi lebih emosional apabila sorakan “Three Lions” bergema di seluruh arena, sekali gus menghidupkan kembali harapan penyokong England yang sudah lama menantikan kejuaraan berpihak kepada mereka.

Dengan berbaki 11 hari sebelum aksi pembukaan menentang Croatia di Dallas, England dilihat semakin hampir menemui rentak terbaik ketika diundi dalam kumpulan L bersama dua lagi pasukan, Ghana dan Panama.

Sumber: Football Home & Away

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video