Pemain tenis, Tristan Boyer, bergelut untuk memberikan impak terbaik sewaktu siri Challenger di Itali, sekali gus memanaskan suhu perlawanan dengan tingkah laku tidak sopan susulan emosi kurang stabil.
Pilihan ketiga kejohanan itu hilang kawalan apabila tewas dalam set pembukaan, kepada pemain remaja, Daniele Rapagnetta, dalam perlawanan Terbuka Francavilla al Mare.
Advertisement
Pemain berusia 25 tahun itu merupakan pilihan untuk memenangi aksi pusingan 32 menentang pemain nombor 938 dunia, bertindak balas dengan berulang kali menghempaskan raketnya di gelanggang kerana kecewa.
UNREAL scenes
Tristan Boyer receives a game penalty & loses the match
He hits the umpires chair:
‘You’re a f*cking moron’
He smashes his racquet some more
‘That’s un-f*cking believable. Nothing happened. That’s f*cking bullshit. F*ck you man’
😳😳😳 pic.twitter.com/EBaIV0TDpH— The Tennis Letter (@TheTennisLetter) May 4, 2026
Amaran awal telah dikeluarkan oleh umpire, namun gagal membendung kemarahan pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu dan, ketika Boyer terus mengamuk, umpire terus membatalkan perlawanan dan menganugerahkan kemenangan kepada Rapagnetta.
Boyer tidak berpuas hati, sambil memaki hamun pegawai perlawanan dengan beberapa kata-kata kesat dan mematahkan satu lagi raket di kerusi pegawai.
Dia turut menumbuk bangku tepi gelanggang sambil meneruskan kecamannya sebelum berjalan keluar gelanggang dan menghempas pintu dengan kuat di belakangnya.
Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi apabila terdapat babak serupa dalam Terbuka San Diego tahun lalu menyaksikan Boyer dikenakan penalti pada pertengahan perlawanan sebelum mencemarkan keadaan dengan menghancurkan raketnya kerana marah sebelum keluar gelanggang.