Skip to main content

Bola Sepak

Dua gergasi Liga Super terima 'manis-manis' daripada FIFA

SFC

Selangor dan Terengganu dapat durian runtuh hasil daripada inisiatif daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana memiliki pemain bertaraf Piala Dunia!  

Menjelang Piala Dunia 2026 yang berlangsung Jun ini, Selangor menerima insentif hampir RM3 juta dari FIFA kerana mempunyai dua pemain yang akan beraksi dalam kejohanan berprestij itu.

Advertisement

Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Gergasi Merah mendapat pampasan atau bonus atas kerjasama membentuk dan menjaga keperluan dua bintang sehingga mampu membantu negara diwakili ke Piala Dunia.

Noor Al-Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi menjadi tonggak utama jaguh Asia, Jordan, menghadapi pertandingan terbesar dunia itu di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Satu lagi kelab Liga Super iaitu Terengganu berpotensi menerima peruntukan tersebut selepas pemain import, Gervane Kastaneer, turut memacu Curacao buat kali pertama dalam sejarah menyertai Piala Dunia.

PDRM berpotensi menerima nasib sama jika Jordan memanggil Fadi Awad pada panggilan kebangsaan pada Jun depan.

Sebanyak USD 355 juta (RM1,430,295,000) telah diperuntukkan oleh FIFA untuk pembayaran kepada semua kelab terlibat.


 

Must Watch Video