Skip to main content

Bola Sepak

Nak sangat bagi bola kat rakyat, jom kita bagi bola kat rakyat -- TMJ

tmj sidang meja bulat

Ada cadangan yang dikemukakan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam usaha untuk mengembalikan bola sepak kepada rakyat.

Saranan ini dibawa sendiri oleh Tunku Ismail, yang hadir ke sidang meja bulat melibatkan badan penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama wakil pasukan Liga Super hari ini.

Advertisement

Kehadiran TMJ mengejutkan 12 wakil kelab dan seorang wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pada ketika sidang berkenaan baru sahaja berjalan kurang 30 minit.

Tunku Ismail, bagaimanapun, tidak menghabiskan masa yang panjang dalam sesi itu selepas mengemukakan beberapa permasalahan dan saranan.

"Saya ada penyelesaian untuk menyelamatkan liga tetapi saya rasa semua boleh tengok sendiri dalam fail dan kemudian buatlah keputusan sepatutnya," kata TMJ dalam sidang berkenaan seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Tidak semestinya anda perlu bersetuju kerana ia hanyalah cadangan.

"Ini adalah berkenaan model yang terus kepada peminat, dana akan mengalir ke pasukan secara langsung, tiada orang tengah.

"Itu adalah salah satu cara daripada peminat. Ia akan memastikan kewangan yang lebih bebas untuk masa depan.

"Nak sangat bagi bola kat rakyat, jom kita bagi bola kat rakyat, jadi lepas ni tiada lagi alasan."

 

Must Watch Video