Ketua jurulatih The Speedy Tigers, Brendon Carolan, memberi reaksi spontan berhubung panggilan 30 pemain ke tiga kejohanan utama tahun ini.
Carolan bakal membentuk skuad negara mengikut falsafah dan taktikalnya bagi mengharungi kempen Piala Negara-Negara di Afrika Selatan, disusuli saingan Piala Dunia serta Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Advertisement
Beberapa muka baru serta bekas pemain negara sedang dikenal pasti untuk diserap ke skuad utama berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
Jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu pernah berada dalam barisan kejurulatihan pimpinan Arul Selvaraj serta Sarjit Singh sebelum ini dan atas faktor itu, carolan cukup kenal kualiti pemain negara.
"Jika pemain berhak dalam pasukan, mereka akan tersenarai.
"Mereka semua telah membuat persiapan dan menjalani latihan dengan sebaik mungkin.
"Jadual sangat padat antara beberapa kejohanan utama jadi dengan barisan pemain yang cukup serta berada di tahap terbaik membantu kami untuk menghadapi semua saingan dengan lancar," katanya di Nadi Arena.