Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM100 juta bagi temasya dwitahunan itu dan kini menyasarkan pengurangan kepada sekitar RM40-50j.
Langkah penjimatan itu diambil ekoran situasi geo-politik dunia yang kurang stabil selain mengambil maklum titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menekankan penganjuran berhemah.
Advertisement
Namun, pengurangan kos tersebut tidak akan menjejaskan aspek teknikal pertandingan mahupun kualiti penganjuran.
Kerajaan negeri akan menanggung kos penganjuran, tetapi bakal memperhalusi perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan berhubung keperluan perkongsian kemudahan.
"Kalau ikutkan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM100 juta, dalam keadaan sekarang ini kami cuba kurangkan hampir separuh daripada kos asal.
"Jadi kemungkinan sekitar RM40 juta hingga RM50 juta.
"Banyak pemotongan yang dilakukan acara bersifat keraian seperti majlis pelancaran di SIC (Litar Antarabangsa Sepang) dibatalkan, majlis penutup akan disusun semula," kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi.