Presiden Persatuan Bolasepak Jordan (JFA), Ali bin Hussein, membongkarkan rancangan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, yang didakwa melakukan "peras ugut" selain mendakwa FIFA menawarkan bantuan menyelesaikan masalah kerajaan sebagai pertukaran untuk sokongannya.
Dalam masa sama, JFA menegaskan belum menerima pembayaran hadiah selepas Jordan mara ke final Piala Arab FIFA tahun lalu.
🚨JUST IN: Jordan’s Football Association has accused FIFA of blackmail. Jordan is still waiting for prize money from FIFA after making the Arab Cup final last year.
The president of Jordan’s FA said he was told that if he endorsed Gianni Infantino "it would go a long way to… pic.twitter.com/JrpTShK7E4— Polymarket Sports (@PolymarketSport) August 4, 2026
Dalam masa sama, Ali Hussein mengecam sikap tidak peduli FIFA berkenaan sekatan visa tuan rumah melarang penyokong gergasi Asia itu masuk ke negara itu meskipun mempunyai tiket yang sah.
Malah, naib juara Piala Asia 2023 itu dikenakan cukai yang tinggi oleh Amerika Sayrikat (AS).